Tuesday, 11 November 2014

Definisi Pendidikan Khas

Definisi Pendidikan Khas pula ialah satu bidang yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak – kehendak khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan individual dengan kaedah – kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal, alatan – alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua intervensi – intervensi yang dibuat ini semata – mata untuk menolong kanak – kanak khas untuk mencapai kepuasan diri dari segi akademik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari.

Pendidikan khas juga satu program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan muri – murid khas. Perkara ini termasuk penggunaan bahan – bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. “Pendidikan Khas merujuk pada pendidikan bagi kanak – kanak luar biasa iaitu kanak – kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. (Chua Tee dan Koh Boh Boon,1992).

No comments:

Post a Comment